Kadar Jenayah NKRA

Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.[10]

Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.[12]


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Balai League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan.

Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14]

Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan.

Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

Rujukan

WikiPedia: NKRA http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php...